top of page
Search

Rupanya! Khai Bahar Lagu Baru Ini Buat Hilang Kesedihan

  • Writer: 7SaatMedia
    7SaatMedia
  • Jan 3, 2021
  • 1 min read

Updated: Jan 3, 2021




FULL VIDEO KHAI BAHAR KLIK LINK DI ATAS.


Khai Bahar Cipta Lagu Baru Ubat Kesedihan Penyanyi Khai Bahar kini tampil dengan lagu baharu berjudul Bangkit Semula yang menurutnya mempunyai makna yang tersendiri dari segi penciptaan dan penghasilan karya tersebut. Menurut Khai Bahar atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin,27, lagu itu dihasilkan kerana ingin menyampaikan pesanan kepada masyarakat di luar sana supaya berhenti meratapi musibah yang melanda negara dan juga seluruh pelusuk dunia pada ketika ini. Dia dalam pada itu ingin menyampaikan mesej positif dalam bait lirik lagu Bangkit Semula kepada masyarakat dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Harapan Khai Bahar dalam lagu ini adalah untuk mengajak masyarakat di luar sana agar segera keluar daripada kesedihan dan penderitaan melalui cara berzakat dan bersedekah. Jelasnya lagi, lagu ini dihasilkan melalui kerja amal dirinya bersama pihak MAIWP dan lebih kepada berunsur kesedaran dan mengajak masyarakt untuk bangun semula.

 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

©2020 by 7-SaatMedia. Proudly created with Wix.com

  • YouTube
bottom of page